Jumaat, 2 Februari 2018

IDEA UNTUK PELAPIK BUMBUNG KERETA

keadaan dan rupa dalaman bumbung kereta aku
lampu kat bumbung ni dah lama takada
koyak dah bumbung ni

Aku ada idea untuk bagi cantik bumbung ni.. Idea ni bukan milik aku.. Tapi inspirasi yang aku dapat dari Google hehehe.. Aku tengok ada orang hantar kedai aje.. balut dengan leather atau PU leather.. CANTIK.. tapi aku lebih tertarik dengan idea BALUT BUMBUNG GUNA KAIN SELIMUT.. hahahaha..
Macam ganjil bunyinya... tapi melihat hasil yang mereka buat macam tertarik pulak

kredit to GOOGLE dan facebook My works-LCI
kredit to GOOGLE dan facebook My works-LCI
kredit to GOOGLE dan facebook My works-LCI

CANTIKKAN? semuanya cuma guna kain selimut aje.. Murah kainnya..  kalau pandai cari dalam harga RM10 ke RM20 pun boleh dapat.

Yang pasti.. kalau guna kain jenis ni murah.. murah dan cantik itu pasti...

Kalau hantar kedai aku tanya hari tu dalam lebih kurang RM400 hingga RM500 aje untuk bumbung dan door panel...  tapi aku rasa ini harus jadi projek DIY aku..

Kena google cara nak bukak bumbung nih... 

Nak kena pi survey kat kedai.. nak cari selimut corak yang lawa untuk kereta aku.. cadangnya nak cari selimut doraemon.. huhuhuhu..

Khamis, 1 Februari 2018

JADUAL KETAT

SESUNGGUHNYA MASA ITU EMAS

masa terus bergerak.. waktu berputar.. 

Ianya tidak sesekali berundur ke belakang

semalam adalah sejarah

huhuhuhu........


Apakebendalah yang aku membebel nih.. FOKUS...

Fokus aku ialah nak perbaiki dan naik taraf proton saga aku nih.. 
Rancangannya konon nak buat sediri semuanya DIY.. tapi kemahiran dan pengetahuan tak tinggi mana pun.. Jadi mana yang boleh buat sendiri buat sendiri buat sendirilah jimat.. Yang tak boleh kenalah hantar kedai.. hehehe..

TAPI.. masalah utama ialah 
1) MASA
2) MODAL
3) IDEA YANG SAMAR-SAMAR

ini 3 masalah utama buat masa ni dan MASA adalah MASALAH utama.. Bilalah ada peluang nak mulakan projek ni.. Banyak betul urusan awal tahun ni.. Kena tunggu cuti sekolah kot baru boleh usik dan cuit-cuit manja dengan PROTON SAGA ni...

MODAL pulak memang tengah kering nih.. Budak baru naik sekolah .. Budget habis kat persekolahan anak-anak.. 
Kena kumpul duit untuk welding dan tukar warna kereta... Hari tu tanya kedai cat dalam RM 2000.. huhuhuhu.. itu dia tengok luaran aje.. belum dalaman..  Kalau dia tengok dalaman rasanya mahu cecah RM 3000 tu.. 

IDEA.. masih samar-samar.. tukar warna dan welding tangguh dulu.. Mungkin nak buat interior kereta dulu..  IDEA ada tapi tak pasti mana nak mula dulu.. MATA tengah tengok kat bumbung dalaman kereta.. huhuhuhu.. tengah fikir macamana nak buka pelapik bumbung kereta ni??? nampak macam senang buka.. Nantilah tunggu ada MASA nanti aku cuba nak buka pelampik bumbung kereta ini.. IDEA macam dah nampak.. huhuhuhu.. Nanti aku kongsikan dalam coretan blog seterusnya.


Selasa, 30 Januari 2018

KENAPA AKU TULIS BLOG INI?

Apa ke benda tulis blog pasal kereta. Aku bukan Mekanik kereta.. Aku juga bukan salesman kereta.. aku juga tak punya background pasal kereta.

Aku menulis kerana aku nak kongsi dan abadikan cerita berkenaan kerata aku ni PROTON SAGA.

PROTON SAGA auto 1.5i tahun 1990

Sewaktu mula beli kereta ni sekitar tahun 2002 aku tak pernah terfikir nak kongsi cerita pasal kereta ni.. Jadi tak adalah satu pun gambar kenangan yang ada untuk dikenang.. huhuhu.. 

Aku dah beli satu lagi kereta dan makanya kereta PROTON nih dah macam terbiar macam tukun buruk.. Aku bercadang nak beri nafas baru pada dia.. Maka sedikit demi sedikit aku bercadang nak buat macam projek peribadi aku.. Maka aku akan kongsikan semua transformasi itu bukan sekadar perkongsian tapi juga sebagai medium untuk aku abadikan sebagai kenangan.

kereta ni aku beli secondhand aje.. RM9500 waktu tu.. Bermacam-macam transformasi aku dah buat.. dari warna asal silver aku tukar warna merah Dunhill.. dengan sticker robot... seat dengan sarung merah hitan.. set vcd berserta screen dashboard.. asal gaji ada aje tambahan aku buat kat kereta tu.. Dan yang paling ekstrim masa tu aku siap pasang sayap kat kereta aku.. huhuhu..
bila berkahwin aku buang semua bodykits ekstrim.. aku ubah warna biru muda sesuai kehidupan berkeluarga..

Rupa terkini proton saga aku.... Huhuhu.. Sedihnya.. Bersawang

PROTON SAGA

Proton Saga telah dilancarkan pada Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.