Jumaat, 10 Julai 2020

2 TAHUN TELAH BERLALU

Sudah 2 tahun berlalu sejak kali terakhir aku tulis blog ni..

Percaya atau tidak.. projek dah jadi projek terbengkalai..

PROTON SAGA menyambut ulang tahun yang ke 35 tahun untuk model tersebut kelmarin..

tapi SAGA aku masih terperuk dan terbengkalai tak berusik..

entah bilalah boleh nak modified dan solek keta aku nih..

keinginan ada.. tapi masa dan modal betul2 terhad..

kena tunggu pencen agaknya baru boleh buat keta ni


Jumaat, 2 Februari 2018

IDEA UNTUK PELAPIK BUMBUNG KERETA

keadaan dan rupa dalaman bumbung kereta aku
lampu kat bumbung ni dah lama takada
koyak dah bumbung ni

Aku ada idea untuk bagi cantik bumbung ni.. Idea ni bukan milik aku.. Tapi inspirasi yang aku dapat dari Google hehehe.. Aku tengok ada orang hantar kedai aje.. balut dengan leather atau PU leather.. CANTIK.. tapi aku lebih tertarik dengan idea BALUT BUMBUNG GUNA KAIN SELIMUT.. hahahaha..
Macam ganjil bunyinya... tapi melihat hasil yang mereka buat macam tertarik pulak

kredit to GOOGLE dan facebook My works-LCI
kredit to GOOGLE dan facebook My works-LCI
kredit to GOOGLE dan facebook My works-LCI

CANTIKKAN? semuanya cuma guna kain selimut aje.. Murah kainnya..  kalau pandai cari dalam harga RM10 ke RM20 pun boleh dapat.

Yang pasti.. kalau guna kain jenis ni murah.. murah dan cantik itu pasti...

Kalau hantar kedai aku tanya hari tu dalam lebih kurang RM400 hingga RM500 aje untuk bumbung dan door panel...  tapi aku rasa ini harus jadi projek DIY aku..

Kena google cara nak bukak bumbung nih... 

Nak kena pi survey kat kedai.. nak cari selimut corak yang lawa untuk kereta aku.. cadangnya nak cari selimut doraemon.. huhuhuhu..

Khamis, 1 Februari 2018

JADUAL KETAT

SESUNGGUHNYA MASA ITU EMAS

masa terus bergerak.. waktu berputar.. 

Ianya tidak sesekali berundur ke belakang

semalam adalah sejarah

huhuhuhu........


Apakebendalah yang aku membebel nih.. FOKUS...

Fokus aku ialah nak perbaiki dan naik taraf proton saga aku nih.. 
Rancangannya konon nak buat sediri semuanya DIY.. tapi kemahiran dan pengetahuan tak tinggi mana pun.. Jadi mana yang boleh buat sendiri buat sendiri buat sendirilah jimat.. Yang tak boleh kenalah hantar kedai.. hehehe..

TAPI.. masalah utama ialah 
1) MASA
2) MODAL
3) IDEA YANG SAMAR-SAMAR

ini 3 masalah utama buat masa ni dan MASA adalah MASALAH utama.. Bilalah ada peluang nak mulakan projek ni.. Banyak betul urusan awal tahun ni.. Kena tunggu cuti sekolah kot baru boleh usik dan cuit-cuit manja dengan PROTON SAGA ni...

MODAL pulak memang tengah kering nih.. Budak baru naik sekolah .. Budget habis kat persekolahan anak-anak.. 
Kena kumpul duit untuk welding dan tukar warna kereta... Hari tu tanya kedai cat dalam RM 2000.. huhuhuhu.. itu dia tengok luaran aje.. belum dalaman..  Kalau dia tengok dalaman rasanya mahu cecah RM 3000 tu.. 

IDEA.. masih samar-samar.. tukar warna dan welding tangguh dulu.. Mungkin nak buat interior kereta dulu..  IDEA ada tapi tak pasti mana nak mula dulu.. MATA tengah tengok kat bumbung dalaman kereta.. huhuhuhu.. tengah fikir macamana nak buka pelapik bumbung kereta ni??? nampak macam senang buka.. Nantilah tunggu ada MASA nanti aku cuba nak buka pelampik bumbung kereta ini.. IDEA macam dah nampak.. huhuhuhu.. Nanti aku kongsikan dalam coretan blog seterusnya.