Selasa, 30 Januari 2018

KENAPA AKU TULIS BLOG INI?

Apa ke benda tulis blog pasal kereta. Aku bukan Mekanik kereta.. Aku juga bukan salesman kereta.. aku juga tak punya background pasal kereta.

Aku menulis kerana aku nak kongsi dan abadikan cerita berkenaan kerata aku ni PROTON SAGA.

PROTON SAGA auto 1.5i tahun 1990

Sewaktu mula beli kereta ni sekitar tahun 2002 aku tak pernah terfikir nak kongsi cerita pasal kereta ni.. Jadi tak adalah satu pun gambar kenangan yang ada untuk dikenang.. huhuhu.. 

Aku dah beli satu lagi kereta dan makanya kereta PROTON nih dah macam terbiar macam tukun buruk.. Aku bercadang nak beri nafas baru pada dia.. Maka sedikit demi sedikit aku bercadang nak buat macam projek peribadi aku.. Maka aku akan kongsikan semua transformasi itu bukan sekadar perkongsian tapi juga sebagai medium untuk aku abadikan sebagai kenangan.

kereta ni aku beli secondhand aje.. RM9500 waktu tu.. Bermacam-macam transformasi aku dah buat.. dari warna asal silver aku tukar warna merah Dunhill.. dengan sticker robot... seat dengan sarung merah hitan.. set vcd berserta screen dashboard.. asal gaji ada aje tambahan aku buat kat kereta tu.. Dan yang paling ekstrim masa tu aku siap pasang sayap kat kereta aku.. huhuhu..
bila berkahwin aku buang semua bodykits ekstrim.. aku ubah warna biru muda sesuai kehidupan berkeluarga..

Rupa terkini proton saga aku.... Huhuhu.. Sedihnya.. Bersawang

PROTON SAGA

Proton Saga telah dilancarkan pada Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.